geng blues
...Selamat Datang Ke Weblog Akak...
Monday, November 21, 2005
Pondok Buruk...
Arghhh... boring sungguh malam nie... tak tau nak buat apa. Layan tv lah. ada citer apa yek? Pondok buruk, Astro Ria.... best gak ni. Dan malam semalam jadi 'malam ini dalam sejarah' sebab first time akak menangis tahap tersedu-sedu sebab tengok citer Melayu. bukan nak kutuk atau belagak, tapi akak memang tak suka sangat tengok citer Melayu... tapi semalam akak buleh menangis sebab tengok drama tu. memang sedih giler. You all boleh kata akak ni tertinggal sebab baru nak sedih tgk citer tu, tak pe sebab itu hakikat. dulu memang akak penah dengar orang citer pasal drama tu tapi akak tak berapa nak ambik port, bila akak tengok sendiri semalam, baru akak tau betapa sedihnya citer tu. citer tentang pengorbanan mak dan ayah. yang paling akak sedih masa si ayah bertungkus lumus ambik upah basuh pinggan mangkuk di restoran, si anak sibuk bercerita pasal untung juta-juta. memang touching giler.Macam mana si ayah mengambil upah basuh kereta semata-mata nak beli daging buat persiapan hari raya, sedangkan anak lebih dari mampu untuk menyediakan yang terbaik untuk mak dan ayah tanpa perlu mereka mengerah tulang empat kerat mereka. Betapa situasi itu ada dalam kehidupan realiti kita. Dah jadi sekeras batukah hati si anak sampai pengorbanan mak dan ayah yang sebegitu agung boleh dilupakan. Luakkah harta yang berkoyan-koyan tu kalau diberikan kepada mak dan ayah untuk mereka menyambung hidup. Tidak cukupkah tenaga mereka dikerah untuk membesarkan anak. Tergamak dibiarkan mak dan ayah yang dah tua tu bertungkus lumus mencari sesuap nasi dan terpaksa menyabung nyawa. Di mana janji diorang dengan Tuhan untuk menjaga mak dan ayah ketika mereka meniti usia emas. Salah siapa? mak dan ayah jugakkah? atau sebenarnya salah si anak kerana dah bongkak dengan daki dunia? masih diterimakah amalan serta taubat dari anak seperti itu? Mungkin 'Pondok Buruk' tu sekadar drama tapi ada banyak mesej keinsafan didalamnya. Dan yang pasti akak harap adik-adik akak semua tak jadi seperti manusia-manusia dalam drama tu, begitu juga harapan akak untuk diri akak, semoga kita menjadi manusia yang tahu mengenang budi dan membalas budi... bahagiakan mereka sementara mereka masih ada di muka bumi ini. Amin.
posted by akak jiewang @ 8:41 PM   0 comments
Sunday, October 09, 2005
JOM GI TERAWIH MALAM NIE...
Ali bin Talib r.a berkata bahawa sewaktu Rasullullah S.A.W ditanya tentang kelebihan solat tarawih dalam bulan Ramadhan maka baginda bersabda yang bermaksud:
Orang mukmin itu terlepas dari dosanya pada permulaan malam (Tarawih) bersih seperti lahirnya dari kandungan ibu.

Malam ke enam, Allah S.W.T memberikan pahala kepadanya seperti pahala orang melakukan tawaf di Biatul Makmur dan memohon ampun pula baginya semua batu-batu dan tanah keras.

Malam ke tujuh, seakan-akan dia bertemu dengan Nabi Musa A.S dan membantu beliau memerangi Firaun dan Haman.

Malam ke lapan, Allah S.W.T member' kepadanya seperti telah diberikan kepada Nabi Ibrahim A.S

Malam ke sembilan, seakan-akan dia telah mengerjakan ibadah seperti Rasullah S.A.W.

Malam ke sepuluh, Allah S.W.T memberikan rezeki kepadanya kebaikkan dunia dan akhirat.

Malam ke sebelas, dia akan keluar dari dunia (meninggal dunia) seperti hari mula dia dilahirkan dari kandungan ibunya.

Malam ke dua belas, di hari kiamat nanti dia datang dengan wajah yang cantik seperti bulan purnama.

Malam ke tiga belas, pada hari kiamat nanti dia akan selamat dan aman dari segala tanggungjawab.Malam ke empat belas, para malaikat datang memberikan persaksian bahawa dia sesungguhnya telah mengerjakan solat terawih, Allah S.W.T tidak akan menghisapnya di hari akhirat.

Malam ke lima belas, para malaikat dan para pembawa Arsy dan Kursi memohon tambah baginya kebaikkan.

Malam ke enam belas, Allah S.W.T mencatatkan dia bebas dari neraka dan diizinkan masuk syurga.

Malam ke tujuh belas, dia diberikan pahala sebanyak pahala pada nabi.

Malam ke lapan belas, salah seorang malaikat akan berkata, “Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah S.W.T telah redha kepadamu dan kepada kedua orang tuamu.”

Malam ke sembilan belas, Allah S.W.T mengangkat darjatnya ke syrga Jannatul Firdaus.

Malam ke dua puluh, dia diberi pahala sebanyak pahala para syuhada dan solihin.
posted by akak jiewang @ 7:43 PM   0 comments
Thursday, October 06, 2005
Salam Ramadhan Untuk Semua
Selamat menyambut Ramadhan...

Puasa dibahagikan kepada 3 tingkat:

PUASA UMUM - sekadar menghidarkan diri dari selera perut dan nafsu atau menjauhkan diri daripada memenuhi kedua macam selera itu;
PUASA KHUSUS - menghindarkan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota tubuh badan daripada segala bentuk dosa;
PUASA KHUSUS AL-KHUSUS - puasa hati dan segala rupa maksud dan segala bentuk pemikiran yang bersifat keduniaan & menghindarkan hati dari selain Allah secara keseluruhan.

Sumber: Buku" Ibadah Puasa, Solat Tarawih dan Hikmah Malam Lailatul Qadar" - Ustaz Harun Arrasyid
posted by akak jiewang @ 1:02 AM   0 comments
Wednesday, August 03, 2005
Salam Mentari Ogos Untuk Semua
Assalamualaikum... salam cayang untuk adik-adik akak. sinar mentari bulan Ogos telah menampakkan cahayanya bermakna lapan bulan tahun 2005 telah kita harungi bersama. sepanjang lapan bulan kita bertapak di 2005 ni tentu sudah banyak pengalaman yang terkumpul. ada yang menyenangkan, ada yang membahagiakan dan tak kurang juga yang merobek hati serta meninggalkan parut yang tak mungkin akan hilang di sepanjang hayat ni. namun sebagai manusia yang dipinjamkan segala-galanya, belajarlah bersyukur...

Bulan Ogos juga menyedarkan kita tentang siapa kita di bumi warisan nenek moyang kita ini. mungkin kita tak begitu terpinggir kerana segala-galanya serba ada tapi benarkan kita tak terpinggir. sekadar itu sahajakah rezeki kita sebagai pewaris tanah daulat ini. kenapa mereka yang asing kakinya di tanah ini boleh mengaut untung yang berlipat kali ganda. salah siapa? salah nenek moyang kita kah kerana terlalu setia pada adat dan budi pekerti? atau salah kita kerana masih lagi enggan membuka mata dan bangkit? segala-galanya terlalu kabur dan nipis sempadanya, terpulanglah pada tafsiran masing-masing... renungkanlah. apapun salam mentari Ogos untuk semua semoga mentari di bulan ini menyuntik sedikit semangat cintakn tanah bertuah ini.
posted by akak jiewang @ 10:35 PM   3 comments
Thursday, July 21, 2005
My Baby You...
As I look into your eyes, I see all the reasons the why my life's worth a thousand skies. You're the simplest love I've known and the purest one I'll own. Know you'll never be alone.

My baby you are the reason I could fly and 'cause of you, I don't have to wonder why. Baby you, there's no more just getting by. You're the reason I feel so alive.

Though these words I sing are true, they still fail to capture you as mere words can only do. How do I explain that smile and how you changed my world around, keeping my feet on the ground?


My baby you are the reason I could fly and 'cause of you, I don't have to wonder why. Baby you, there's no more just getting by. You're the reason I feel so alive.

I will sooth you if you fall. I'll be right there when you call. You're my greatest love of all.

You are the reason I could fly high and 'cause of you I don't have to wonder why. My baby you, there's no more just getting by 'cause you're the reason I feel so alive. Arianna I feel so alive.
posted by akak jiewang @ 11:22 PM   2 comments
First Love
I never was struck before that hour
With love so sudden and so sweet.
His face it bloomed like a sweet flower
And stole my heart away complete.

My face turned pale, a deadly pale.
My legs refused to walk away,
And when he looked what could I ail
My life and all seemed turned to clay.

And then my blood rushed to my face
And took my eyesight quite away.
The trees and bushes round the place
Seemed midnight at noonday.

I could not see a single thing,
Words from my eyes did start.
They spoke as chords do from the string,
And blood burnt round my heart.

Are flowers the winter's choice
Is love's bed always snow
He seemed to hear my silent voice
Not love appeals to know.

I never saw so sweet a face
As that I stood before.
My heart has left its dwelling place
And can return no more.
posted by akak jiewang @ 1:44 AM   0 comments
A Rose That Once Stood Alone
A solitary rose grew in the darkest corner of the garden
Surrounded by many others
Yet remained alone

Time passed and trials came and went
One dealt a severe blow
And the rose began to wilt and wither

Forgotten...

Then... as if by a miracle...

There came a soft and gentle breeze
Followed by a ray of light
As all the other roses fell into darkness
The solitary rose began to shine

Shining with a special light...
And watered by a gentle cascade...
A cascade of love
A cascade of selfless affection

"I do... not now but forever..."
Said the rose to the sunlight
And there they remain
A rose in full bloom
With her sunshine smiling down on her...

You are my sunshine, my life, my very soul
And I your rose blooming in the light of your love.
posted by akak jiewang @ 1:39 AM   0 comments
Wednesday, July 20, 2005
Hai adik-adik akak cayang...



Duduk lepak je hujung minggu pun boring gak kan? so kalau ada sesapa yang minat tengok movie, terutama yang giler tengok cerita-cerita korea dan jepun, akak nak rekemen cerita ni kat you all... My Little Bride. best giler! ada dua versi My Little Bride ni satu ala-ala drama, satu lagi movie, dua-dua pon beh. Ataupun kalau sesaper rajin bolehlah gi cari kat SM cuba carik citer Full House, dah main kat channel 8 tapi nak tunggu habih berkurun. emm... untuk peminat citer jepun lak, ada satu citer baru Takuya Kimura (encemnya!) tajuk Engine, boleh la kalau nak layan... so kalau ada sesaper yang ada info tentang filem-filem han dan japan boleh la syeir dengan akak sebab kat sini balik-balik akak syeir ngan abang zairi je... boring gak !he! he! he!
posted by akak jiewang @ 10:42 PM   0 comments
Cahaya-Kris Dayanti
Dosakah aku bila
mencintaimu

Bila jalinan hati kini
menderaku
Tapi haruskah diriku pasrah
Diriku mengalah

Memang cinta
tiada bermata
Bisa ciptakan sedih
juga bahagia

Aku kini terjerat kerananya
Susah lepaskan dia

Jalannya cinta nodai hati
Aku dicinta jalinan
tiada pasti

Dan aku tak harus terkalahkan
Dan diriku terabaikan
Ku ikuti jalannya hati
posted by akak jiewang @ 10:19 PM   0 comments
Monday, June 20, 2005
testing!



Kemaafan mungkin amat berat diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi. Cinta dan kasih sayang adalah jawapan yang dapat menyembuhkan segala penyakit, dan jalan yang menuju kepada rasa cinta dan kasih sayang hanyalah melalui kemaafan.- Akak Jiewang
posted by akak jiewang @ 12:26 AM   0 comments

Name: akak jiewang
Home:
About Me:
See my complete profile
  • Pondok Buruk...
  • JOM GI TERAWIH MALAM NIE...
  • Salam Ramadhan Untuk Semua
  • Salam Mentari Ogos Untuk Semua
  • My Baby You...
  • First Love
  • A Rose That Once Stood Alone
  • Hai adik-adik akak cayang...
  • Cahaya-Kris Dayanti
  • testing!
  •  
    About Me

    Yahoo! Avatars

    Save your last dance for me...

    Look at me... my depth perceptions must be off again coz this hurt deeper than i thought it did... it has not healed with time it just shot down my spine. U look so charming tonight remind me how u laid us down n' gently smile before u destroyed my life... Would u find it in your heart? to make this go away? and let rest in pieces...

    Dalam Hati Ada cinta...

    Hatiku masih seperti dulu... seperti dulu... tidak pernah pun berubah cintanya... adakah engkau masih sepertiku... yang setia selamanya...

    Korean Site

    Ini adalah ruang untuk 'kipas susah mati filem serta drama dari Korea. contoh terdekat akak la hehehe. erm... untuk ruangan ni akak akan cuba bagi you all sebanyak yang terdaya info citer2 korea kay!

    Links
    Powered by

    Isnaini Dot Com

    BLOGGER

    © 2006 akakjiewang.blogspot.com . template by isnaini dot com